KUMPULAN CERITA
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya
tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang
dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya.
Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap
dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia
merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia
pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku
pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk
barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas
mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan
kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para
pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu
bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah
diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah
mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan
cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab
menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari
berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka
terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan
keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu.
Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang
bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya
yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah
memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula.
Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah
putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah
mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku
tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah
perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum
muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang
kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah
Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan
sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah
kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera
Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian
bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk
berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah
pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan
kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke
dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya,
semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat
tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di
tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat
Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau
syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan
arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu
lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran
besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah
200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin
akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang
memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak
sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari
mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang
banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan
kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang.
Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang
mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar
nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat
dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap
tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan
berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk
mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam
hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan
melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku
anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke
jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan
tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang
berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya
kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera
bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di
belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan
gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang
cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak
tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk
memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya,
akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari
200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira
tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan
Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang
syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga
ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa
keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu
dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah
dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah
memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku,
agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan
rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para
perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan
pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini
mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang
yang mati syahid."
Kamar-kamar disurga
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam
syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan
di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan
yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah
dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah
S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan
menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan,
dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia
lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi
salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi
makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti
termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya'
dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat
malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan
sabdanya kepada sahabatnya.
Keindahan sholawat
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa,
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah,
barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh
kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian
seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang
berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang
berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan
mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi
mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan
selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para
pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,
Rasul dan para malaikat.
Kisah tempat tiggal roh
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh
pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu
menuju ke tujuh tempat" :-
· Ruh
para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh
para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh
para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh
para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh
para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai hari kiamat.
· Ruh
anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh
orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta
jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa :
"Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang
yang mati syahid.
· Orang-orang
yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang
yang puasa hari Arafah.
@ . Lima
belas bukti iman
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a
berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku.
Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya,
"Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman."
Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti
keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima
perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan
oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman
jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang
aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami
untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang
buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima
perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para
utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah
utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima
perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab
mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di
waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan
sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang
amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di
dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara,
hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu
katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah
kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari
yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu
makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah
kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah
untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
@. Mabuk cinta kepada Allah
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam
Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang
pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air
itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku
seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu
tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s,
kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah
berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan
kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku,
berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa
a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke
tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa
dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang
di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa
pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan
orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku,
tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s
berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara
gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke
langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan
memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi
Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu
yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan
manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya
kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan
gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi
tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang
tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada
Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam
beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku
cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan
dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang
waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka
cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka
cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka
cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka
cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.
Mereka
cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
@ Alqur’an sebagai pembela dihari kiamat :
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W
telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah
S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu
akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan
ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah
membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu
cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga
pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan
menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi
kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim
diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,
sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua,
pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana
anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
@. Anjing-snjing neraka
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai
Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah
lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah
Al-Qur'an
· tanggunglah
dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan
engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan
engkau tinggikan dirimu sendiri di atas smereka.
· Jangan
engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan
engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu
yang tidak baik.
· Jangan
engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan
engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan
engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek
oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi
(bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah
anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti
hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit
tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang
dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat
daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal
itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh
Allah S.W.T."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
silahkan tulis komentar anda yang bisa membangun bagi blog ini oke!!!